Rosemari berdiri melihat Wanita Farsa melangkah keluar dari bilik. Rambut palsu yang kelihatan amat palsu itu bergerak ke kiri dan ke kanan mengikut alunan pinggul wanita itu..
Sedikit rasa cemburu menular masuk ke minda pembantu istana keturunan Malayali itu. Bukan cemburu melihat rambut palsu Wanita Farsa atau melihat alunan pinggulnya semasa berjalan. Tidak sama sekali.
Sebaliknya, Rosemari terasa cemburu – sedikit iri hati, malah – memikirkan tuah Wanita Farsa yang kini menjadi isteri sah kepada Mahabali, Perdana Menteri Pulau Cinta.
Dahulu, Wanita Farsa juga salah seorang pekerja bawahan di istana ini. Suaminya juga orang biasa. Tiada apa-apa yang istimewa mengenai pasangan suami isteri itu; kecuali bahawa Wanita Farsa bercita-cita tinggi untuk menjadi wanita paling penting di Pulau Cinta.
Impian itu timbul dalam jiwa Wanita Farsa kerana suaminya adalah adik bongsu kepada isteri Mahabali. Maknanya, suami Wanita Farsa adalah adik ipar kepada Perdana Menteri Pulau Cinta. Sekali gus, mengikut konsep budaya Malayali, status Wanita Farsa adalah “adik” kepada Mahabali.
“Awak memang suami tidak berguna! Saya sepatutnya hidup mewah dan menjadi wanita penting di pulau ini.”
Mendengar leteran Wanita Farsa, suaminya hanya mampu terdiam. Dia sedar bahawa dia dihalau keluar rumah puluhan tahun lalu kerana cuba membunuh ibu bapanya. Maka, segala ikatan kekeluargaan sudah diputuskan.
Tahun lalu, isteri Mahabali tiba-tiba jatuh sakit. Doktor gagal mengesan penyakit mahu pun punca penyakit misteri yang menyerang wanita itu. Ada yang mengatakan isteri Perdana Menteri disantau.
This post was originally published in Uthaya Sankar SB.
~
Uthaya Sankar SB adalah Pejuang Bahasa Malaysia serta pengasas dan Presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan sejak Ogos 1999. Blognya boleh dibaca di sini manakala akaun Facebook di sini.
No comments yet.
Sorry, the comment form is closed at this time.