WANTED: Someone to restore Arteri and give it 2nd life. Interested? Email: mail.sharonchin.com
« Back to Events

Kotak Hitam 3.0: Skrin Filem

19/06/2010 1:00 PM - 19/06/2010 11:30 PM
Venue: MAP Art Space
Address: Solaris Dutamas, Mont Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia

Kotak Hitam 3.0: Skrin Filem

siri Kotak Hitam akan diteruskan dengan Kotak Hitam 3.0: Skrin Filem menampilkan 4 buah filem dari pelajar-pelajar Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik UiTM dan diselang seli persembahan akustik daripada komuniti Frinjan

Tarikh : 19 Jun 2010, Sabtu
Tempat : MAPKL, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur (belakang Masjid Wilayah)
Masa : 1 tengah hari – 11.30 malam
Masuk: Percuma, tetapi sumbangan digalakkan :)
Filem-filem

KALUT

Bertemakan tontonan ringan dan santai, filem berunsur komedi ini berkisar mengenai pemandu teksi, Selamat yang berdepan konflik rumah tangga kerana beristeri dua.Isterinya, Bibi dan Mimi, masing-masing tidak tahu mereka dimadukan dan Selamat pula cuba sedaya upaya untuk merahsiakannya daripada pengetahuan mereka.Pelbagai helah dilakukan Selamat bagi menutup rahsianya, namun akhirnya tembelang pecah hingga menimbulkan pergolakan sesama mereka.Kekalutan mula berlaku apabila Selamat menghilangkan diri dan tidak pulang ke rumah, menyebabkan Bibi dan Mimi terpaksa membuat laporan polis untuk mencari Selamat.

Pelakon: Azhar Zainal, Ameera Dahlan,Fazleena Hishamuddin, Intan Qamarhani, Fasyali Fadzly & Zaidi Kamaruzaman
Pengarah : Faliq Sharif

http://www.facebook.com/group.php?gid=160381607043&ref=ts
www.kalutthemovie.blogspot.com

AlONG & KAK LONG

Filem ini bermula dengan kisah peminjam ceti (Along) yang berjumpa dengan Kak Long untuk mengutip hutang. Kak Long adalah seorang pemilik warung nasi lemak yang popular di Kuala Lumpur. Suami Kak Long, Datuk Jam telah melarikan diri dari Along setelah membuat pinjaman wang. Beliau sangat mementingkan diri kerana membelanjakan wang yang dipinjam itu semata-mata untuk berhibur dan telah mengabaikan isterinya. Sementara itu, Kak Long pula yang terpaksa berurusan dengan Along dan menjelaskan segala hutang yang dipinjam oleh Datuk Jam.

Pelakon: Azim Mohd Sharim, Mislina Mutaffa & Aidi Rahimi
Pengarah : Hisyamuddin Ahmad

http://www.facebook.com/group.php?gid=163051353796&ref=ts

AKU DIA & TONG SAMPAH

Filem ‘Aku, Dia dan Tong Sampah’ mengisahkan Sharnaz (22) yang telah berpisah dengan Hazwan (22). Namun, Sharnaz sebenarnya masih tidak dapat melupakan Hazwan malah teragak-agak untuk membuang segala surat pemberian Hazwan. Insiden di tong sampah telah menemukan Sharnaz dengan Amir (27). Kebetulan bekas kekasih Amir (Dianne, 22) kini adalah kekasih baru bagi Hazwan. Oleh yang demikian, Sharnaz berpakat dengan Amir untuk memenangi semula hati bekas kekasih masing-masing.

Pelakon: Azhar Zainal, Nuremy Nadia & Heiry Azly
Pengarah : Azri Abu Hassan

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000834540614&ref=ts

3 BUDAK MELAYU

Mengisahkan perjalan 3 orang sahabat,Epol, Nana dan Zurin. Mereka bertiga merupakan pelajar di dalam jurusan perfileman dan filem ini mengisahkan bagaimana mereka bertiga mencari duit dan berusaha untuk membuat sebuah filem.Mereka bertiga menyewa disebuah rumah milik peruncit kedai bernama Wak Karman dan isterinya Mak Milah. Zurin dan Nana tinggal bersama di dalam rumah Wak Karman manakala Epol tinggal di sebuah bangsal yang diubah suai menjadi bilik. Mereka bertiga telah bercadang untuk membuat projek akhir dan memerlukan kamera untuk melakukan penggambaran. Pelbagai peristiwa dan halangan mencuit hati yang mereka telah alami selepas mendapat kamera tersebut. Akhirnya, adakah filem yang mereka mahu hasilkan akan berjaya?

Pelakon : Syahiera Abu Hassan, Fariza, Aizam, Liza Othman & Zaidi Omar
Pengarah : Faizal Lockman Hakim

http://www.facebook.com/group.php?gid=71628550794&ref=ts

JADUAL ACARA (Sebarang perubahan akan dibuat dari semasa ke semasa)

1 pm – 2 pm : Slot Frinjan

Persembahan
: Strawbery
: Farah
: Mysticus

2 pm : Tayangan 1
3.30 pm : Minum-Minum
4.00 pm : Tayangan 2
5.30 pm: Slot Frinjan

Persembahan
: Iqbal M
: Jayzuan
: Azreel Azhar
: Beeha

REHAT

8.00 pm : Tayangan 3
9.30 pm : Minum-minum
10.00 pm: Tayangan 4
11.30 pm: Selesai

Dianjurkan oleh

Frinjan
http://www.facebook.com/group.php?gid=49867373732&ref=ts

dan

MapKL
http://www.facebook.com/mapkl?ref=ts

Dengan Kerjasama

Fact Film Screenings
http://www.facebook.com/group.php?gid=303333126923&ref=ts

peta untuk kesana

http://bit.ly/aiMkIS

Kotak Hitam adalah acara tidak berkala / mungkin berkala setiap bulan yang akan dilangsungkan di dan dengan kerjasama MAPKL di Solaris Dutamas. Kotak Hitam yang mengambil semepena nama lokasi acara iaitu ‘Black Box’ sebuah tempat tertutup merupakan perpanjangan kepada Pekan Frinjan yang diadakan di tempat terbuka dan penekanan diberikan khas kepada projek-projek koloborasi bersama kumpulan-kumpulan seni lain untuk meraikan dan memeriahkan ruang seni baru yang tumbuh ini.

Sokongan pihak tuan dalam menjayakan usaha ini amatlah dialu-alukan, dan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Untuk maklumat lanjut tentang acara dan setiap filem, sila hubungi:

Fariza Hishamuddin : 012 278 9352
Ahmad Shafiq : 012-9383427
Beeha: 019 368 5519
Farhan Azahan: 013 299 0192

atau emel ke farizasamdeen@yahoo.com

http://www.facebook.com/event.php?eid=124973960864179&ref=ts

Upcoming Events

no events

Ads

Twitter

Our Facebook Page