WANTED: Someone to restore Arteri and give it 2nd life. Interested? Email: mail.sharonchin.com

BMS Open for Nomination

Posted by on Wednesday, 16 June, 2010 at 11:18 AM. Filed under: News

Bakat Muda Sezaman 2010 is now open for nomination! Finalists stand a chance to clinch the top prize of RM20,000! What are you waiting for? Send in your applications today! We’ve included the terms and conditions in this entry! Go go go! – (Eds.)

SYARAT-SYARAT PENCALONAN
TERMS AND CONDITIONS OF NOMINATION

Anugerah Bakat Muda Sezaman memainkan peranan penting dalam melahirkan pelukis muda berbakat besar negara yang menghasilkan karya dari pelbagai medium dan gaya sejak 1974 lagi. Sehingga kini ramai di antara mereka telah berjaya di arena seni lukis sama ada di pentas negara mahupun antarabangsa.

PENCADANG

Terdiri daripada Kurator, Pengkritik Seni, Ahli Sejarahwan Seni, Penulis Seni, Kolektor, Pelukis, Pemilik Galeri, Ahli Akademik, NGO Seni, Pelajar Seni dan Tokoh Seni adalah dijemput untuk mencalonkan pelukis Malaysia untuk memasuki pertandingan Anugerah Bakat Muda Sezaman.

Pencadang hendaklah seorang yang tidak mempunyai hubungan persaudaraan dengan pelukis yang dicalonkan.

CALON

Pelukis yang dicalonkan hendaklah berumur diantara 20 – 40 tahun iaitu yang lahir pada atau di antara 1 Januari 1970 – 31 Disember 1990.

Warganegara Malaysia

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Tahap 1

a. Penyertaan adalah percuma.
b. Satu salinan kad pengenalan pencadang dan pelukis yang dicalonkan.
c. Potfolio dan data biografi mengandungi latarbelakang pendidikan, pengalaman dan pameran (pelukis yang dicalonkan) dalam bentuk softcopy dan hardcopy.

Tahap 2

a. Penyertaan adalah percuma.
b. Penghantaran dan pemasangan karya sebenar yang terpilih untuk penghakiman akhir.
c. Setiap peserta hanya dibenarkan untuk menghasilkan satu karya sahaja.
d. Karya Kolaborasi adalah tidak dibenarkan sama sekali.
e. Pelukis hendaklah terlibat secara langsung dalam pemasangan karya.
f. Penyertaan media baru dan video hendaklah dibekalkan dengan informasi lengkap sistem dan format yang wajar, peserta haruslah menyediakan sendiri kelengkapan seperti projektor, pemain alat digital, layar dll.
g. Balai Seni Lukis Negara diberi keutamaan untuk memperolehi karya-karya tersebut.
h. Semua kos penghantaran dan pemulangan karya adalah di bawah tanggungan pelukis.

PENGHAKIMAN

Semua penyertaan akan melalui 2 tahap penghakiman

Tahap 1

a. untuk memilih karya yang layak ke tahap penghakiman kedua
b. Penghakiman adalah berdasarkan portfolio dan cadangan pencalon
c. Akan dijalankan pada 9 & 10 Ogos 2010 (Selasa & Rabu)

Tahap 2

a. Pelukis yang melepasi tahap penghakiman tahap 1, akan diminta menghantar karyasebenar serta mematuhi syarat pertandingan tahap 2.
b. Akan dijalankan pada 15 – 19 November 2010

ANUGERAH

Satu Anugerah Utama : RM 20,000.00 + SIJIL
Tiga Anugerah Pilihan Juri : RM 10,000.00 + SIJIL setiap seorang

PROSES PENCALONAN
Proses pencalonan akan berlangsung dari tarikh berikut

Mula dibuka / Starting Date
8 Jun 2010 (Selasa)

Tarikh Tutup / Closing Date
1 Ogos 2010 (Ahad)

Penilaian Pencalonan
9 & 10 Ogos 2010 (Selasa & Rabu)

Keputusan Pencalonan
13 Ogos 2010 (Jumaat)

Tarikh akhir karya masuk
1 November 2010 (Isnin)

Pemasangan Karya
1 – 14 November 2010

Penjurian
15 – 19 November 2010

Majlis Anugerah
20 Januari 2011 (Khamis)

Peringatan : Kesemua pencalonan hendaklah dihantar ke alamat berikut sama ada melalui pos atau hantarkan terus sebelum jam 4.00 petang hari Ahad. Selepas tarikh dan masa akhir tamat, pencalonan tidak akan diterima.

HANTARKAN KEPADA

Urusetia
Anugerah Bakat Muda Sezaman
Balai Seni Lukis Negara
No. 2 , Jalan Temerloh Off Jalan Tun Razak,
53200 Kuala Lumpur

U/P Cik Noordila Omar

Untuk sebarang pertayaan, sila hubungi di talian

En. Erry Arham Azmi 012 2610 691

En. Baktiar Naim 013 3658 861

Tel 03 4026 7000

Fax 03 4025 4987

Email: mybms2010@gmail.com

Untuk maklumat lanjut, sila layari

http://www.artgallery.gov.my/

You can follow any responses to this entry via RSS. Both comments and trackbacks are currently closed.

12 Comments

  1. WOW says
    17/06/2010 12:43 PM

    Siapa akan jadi ‘pengadil’ dalam penghakiman tahap kedua?
    Cara dan process penghakiman tahap kedua masih LACKING OF TRANSPARENCY!
    Akhirnya, ‘pengadil-pengadil’ akan memilih pemenang-pemenang mengikut mood sendiri ataupun cuaca pada hari penghakiman…

  2. WEE says
    17/06/2010 1:02 PM

    itu tentu la! seni tu kan subjektif dan kriteria untuk menilai sebuah karya juga adalah terdiri daripada nilai nilai yang terbuka untuk interpretasi. mana ada pemilihan yang objektif! kalau mengikut tradisi, BMS selalunya mengumumkan panel penghakiman mereka. mungkin kena sabar dulu la.

  3. 20000 says
    18/06/2010 6:56 PM

    Anyone interested to nominate the panel of judges for this year BMS as one of the participated artists?
    So, they might able to share the top prizes of RM 20000, kalau menang lah!

  4. Sharon Chin says
    19/06/2010 2:06 AM

    Butir2 kontak nyata disediakan. Sesiapa yang minat/gian boleh terus hubungi pihak berkenaan. Kami di Arteri pun kepingan hendak mengetahui bakat para pengadil untuk menilai bakat muda sezaman.

    Jadi, sesiapa yang dapat tahu dahulu, jangan segan untuk share di sini.

  5. Sharon Chin says
    19/06/2010 2:13 AM

    Also, if you would like to nominate Arteri as a ‘Total Work of Art’, please do so. If we get RM20k, you can nominate how we will distribute evenly to the art community.

  6. chenab says
    19/06/2010 7:40 AM

    kepingan=pieces

  7. chenab says
    19/06/2010 7:53 AM

    kamus bahasa> http://prpm.dbp.gov.my

  8. Sharon Chin says
    19/06/2010 11:10 AM

    Typo = kepingin.

    Should really be ‘kepingin untuk’, not ‘kepingin hendak’.

    Still learning.

    Thanks chenab

  9. chenab says
    19/06/2010 6:19 PM

    kepingin= bahasa indonesia
    teringin= bahasa malaysia

    cik sharon chin sangat manis :)

  10. CHris says
    22/06/2010 4:40 PM

    How to get the Register form ?

  11. Sharon Chin says
    23/06/2010 12:47 AM

    Chris, you can download here: http://www.artgallery.gov.my/web/guest/bakat_muda_sezaman

  12. CHris says
    23/06/2010 3:00 PM

    Thankyou Sharon …

RSS feed for comments on this post.

Sorry, the comment form is closed at this time.

Upcoming Events

no events

Ads

Twitter

Our Facebook Page