WANTED: Someone to restore Arteri and give it 2nd life. Interested? Email: mail.sharonchin.com
« Back to Events

Timbul

26/06/2010 - 17/07/2010
Venue: Pelita Hati House of Art
Address: No. 317, Lorong Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia

“ Timbul, timbul, timbul”

Kita sering berkehendak dan berkeinginan dan keinginan sering timbul mengatasi keupayaan. Kegagalan timbul mungkin menjadi persoalan sekiranya penghujung keinginan sebuah “happy ending” penutup yang gembira.

Namun “Timbul” di sini, bukan sahaja bicaranya tentang rezeki, tentang keajaiban, tentang kemunculan, tentang harapan tapi tentang sebuah pertemuan. “ Timbul” bagi pameran ini bukanlah menjadi sebuah tema tetapi sebuah pertemuan di antara 10 orang bekas graduan seni dari UiTM (Graduan FSSR Mei 2006) yang berbeza pemahaman, media, kerjaya dan seninya di dalam sebuah pameran bersama.

‘TIMBUL’-menyatukan kembali 10 artis bekas graduan seni dari UiTM (Graduan FSSR Mei 2006) yang berbeza pemahaman, media, kerjaya dan seninya di dalam sebuah pameran bersama. Artis-artis yang mengambil bahagian adalah terdiri daripada: Abdul Latif Padzali, Baktiar Naim Jaaffar, Mohd Bakir Baharom, Mohd Fazli Othman, Muhd Sarip Abdul Rahman, Mohd Radzi Ismail, Mohd Rizal Salleh, Musyidah Zainal Abidin, Norhaslinda Nordin dan Rozana Musa.

Mereka timbul dengan idea-idea bugar untuk pameran ”Timbul” ini. Saksikan.

Pameran akan di rasmikan oleh Prof. Awang Damit pada hari Sabtu, 26/06/10 jam 5.00 ptg.

Upcoming Events

no events

Ads

Twitter

Our Facebook Page