WANTED: Someone to restore Arteri and give it 2nd life. Interested? Email: mail.sharonchin.com
« Back to Events

Paranoia

01/06/2010 - 15/06/2010
Venue: RA Fine Arts
Address: 6, Jalan Aman, off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Malaysia

PARANOIA – AZAM ARIS : DRAWING WORKS

Karya seni lukisan – lukisan Azam mengguna teknik pen dan dakwat yang dilakarkan ke atas kanvas. Ini memerlukan ketelitian serta jiwa dan semangat yang intens untuk melakukannya.

Karya seninya juga mencabar khalayak bukan hanya melihat lukisan tersebut sebagai objek yang semata – mata indah belaka. Lebih daripada itu ia mencabar penonton untuk mempersoalkan: siapakah yang benar dan siapa pula yang penuh dengan tipu helah?

Siapakah yang dapat melihat sesuatu perkara secara telus, dan siapa pula yang mudah tertawan mindanya? Siapakah yang sebenarnya menjadi mangsa, dan siapakah yang bermain dengan manipulasi?

Melalui karya seninya yang mempunyai unsur kinetik, karya – karya Azam, di samping mencabar pemikiran kita juga menarik kita untuk menghayat lukisan melalui pergerakan imej – imej tertentu di dalam sebahagian daripada karya – karyanya.

(Petikan esei daripada raja ahmad aminullah)

Pembukaan rasmi : Isnin, 7 Jun 2010 8:15 mlm
Persembahan : Sosound

Upcoming Events

no events

Ads

Twitter

Our Facebook Page