WANTED: Someone to restore Arteri and give it 2nd life. Interested? Email: mail.sharonchin.com

Whose Who?: Dari Kerana Mata…

Posted by on Tuesday, 28 July, 2009 at 4:18 PM. Filed under: News

A late post (too many art events going on), but if you missed the show, enjoy some scenes from the opening.

91
“Apa maksud lukisan ni? Tabung dan dia dah terkapar!”, tanya Sani Md Dom yang melukis karya berbentuk dokumentari masyarakat serta pengalamannya sendiri kepada Mustapa Ibrahim, pengiat seni dari zaman 60an lagi.

~

DiKalajingga: Dari Kerana Mata…
2 – 15 July 2009

R A Fine Arts
6 Jalan Aman, Off Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
Tel: +603 2161 7341

“Dari kerana mata. Yang mempunyai kuasa. Oh! Aku tergoda. Aku tergoda terkecewa. Dari kerana mata…” Begitulah lirik sebuah lagu klasik dendangan R. Azmi yang juga menjadi tema kepada pameran kumpulan DiKalajingga ini.

Lagu tadi berkisah tentang mata yang menyebabkan hati seseorang itu terpaut kepada wajah orang lain. Ini adalah mata yang mencetuskan perasaan cinta sewaktu ia memandang kepada seseorang yang cantik dan menarik.

Jika benar begitu, bermakna hak sesetengah individu untuk bercinta akan dinafikan sebab paras mereka tidak begitu menarik. Dan jika benarlah seseorang itu hanya akan tertarik kepada insan yang lain kerana kecantikan paras rupawan, sudah pastilah ramai yang akan terus membujang. Tidak boleh dinafikan bahawa perkara ini memang berlaku dalam masyarakat kita kerana hakikatnya manusia mencari seseorang yang menarik perwatakannya.

Persoalannya, adakah cinta itu datangnya dari mata? Selain menggunakan mata biasa untuk memandang, kita sebenarnya ada mata ajaib yang boleh melihat nun jauh mendalam akan sesuatu perkara. Inilah mata hati kita, mata penglihatan yang terbaik sekali.

Pameran kumpulan artis DiKalajingga Haris Ahmad Hamsani, Khairina Khairuddin, Nurazmal Yusoff Ali, Suddin Lappo dan Zulkiflee Zainul Abidin mungkin dapat mengupas soalan tersebut. Adakah seseorang tu hanya akan melihat apa yang ingin mereka melihat? Adakah karya seniman bila dilihat dari mata, dapat turun ke hati. Tetapi kalau dari hati, belum tentu dapat dilihat oleh mata kalau karya mereka tak diolah dalam lukisan dan bahasa visual yang dapat menjangkau mata dan hati penonton. Begitulah percubaan karya seni mereka dalam pameran Dari Kerana Mata…

~

101
Jewelry designer Zena Khan, architect Daniel Koshy and trainee collector Leila Aisha Khan with Nurazmal Yusoff’s Out Of Colour, 3 x 6 ft, Oil on canvas, 2009.

~

112
Faisal Mustaffa, writer and political activist together with artist Avroco, Bar Council (Legal Aid Centre) lawyer Puspawati Rosman and publishing house Gerak Budaya’s Zulhabri Supian.

~

121
Audra Pakalnyte, dancer with Kollywood-film Goa that is being shot in Malaysia and Thumb Art instructor Tan See Ling.

~

141
Haris Ahmad Hamsani, his wife Nur Juita who lectures at Kolej Komuniti Bandar Kuala Langat and his art piece Cherita Tubuh #1, 4 x 4.5 ft, Mixed media on canvas, 2009.

~

171
“I hope they will not be like Matahati but forge an identity if its own, be different,’’ offered Matahati’s Ahmad Fuad Osman while Pak Samad Said seems to agree. “Yang baru mesti kedepan untuk menggantikan yang lama.’’

~

161
“I tell you ah, DiKalajingga is gonna be the next big thing after Matahati!” Galeri Chandan’s Nazli Abdul Aziz getting the hottest tip from collector Bingley Sim who has been collecting its works over the past two years.

~

221
Kugiran DiKalajingga….muka gian Suddin Lappo yang sedang melayan lagu jiwang dendangan Nurazmal Yusoff.

~

181
Are You Mocking Me?…Yeah…, 8 x 5.5 ft, Acrylic on canvas, 2009. Khairina Khairuddin’s painting of a cat that looks like one that Fatimah Sulaiman used to have.

~

211
Keluarga bekas komisioner polis Sarawak Yusoff Jaafar bersama tujuh orang anaknya pernah dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai ‘Bilangan Artis Yang Paling Ramai Dalam Satu Keluarga’. Nursuraya Md Yusoff (sister), Hazimah Hamid (mom), Nurazmal Yusoff, Wan Fareza (wife) Yusoff Jaafar (father), Hakim, Alem, Amin (sons).

~

251
“Why do we feel like we’re being laughed at?” wonders Catherine Lim and Pace Gallery’s manager Geetha Vigneswaran.

~

241
“Eh Buden, apa kata kita tubuhkan band Sebiji Padi untuk pameran kita nanti…mesti meletup punya!” “Hmm…bagus jugak fikiran kamu tu!”, artist Ruzzeki Harris berbisik kepada Samsudin Wahab.

~

281
Yayasan Kesenian Perak’s Nur Hanim Khairuddin, [enyair dan pelukis Siti Zainon Ismail serta Bayu Utomo Radjikin.

~

31
Kaki Perempuan, Suddin Lappo, 3.2 x 4 ft, Acrylic on board, 2009

~

41
In Vertigo, Khairina Khairuddin, 7 x 5 ft, Acrylic on canvas, 2009.

~

61
Proses 1, Nurazmal Yusoff, 58 x 41cm, Charcoal on paper, 2009

(AY)

Tags: , ,
You can follow any responses to this entry via RSS. Both comments and trackbacks are currently closed.

4 Comments

  1. mike mao says
    29/07/2009 9:21 AM

    Wah..seeing this barage of figuration, Kwai Fei’s abstracts stands out even more.

  2. him says
    29/07/2009 7:51 PM

    mike, yearrhhh, I setuju! The current hype over these guys are unwarranted.

  3. Tikus Kopitiam says
    04/08/2009 8:22 PM

    wa.. ini suda bagus…
    harap lg bagus lepas ni…
    bila lg next show diklajingga?
    sayang sikit x dapat pegi show hari tu…
    dkj pon main muzik? Best ke?

  4. cikcumy says
    04/11/2010 2:19 PM

    hihik. my lecturer, miss juita (wife mr haris hamsani)

RSS feed for comments on this post.

Sorry, the comment form is closed at this time.

Upcoming Events

no events

Ads

Twitter

Our Facebook Page