Artis-artis Studio DiKala Jingga: Suddin Lappo, Nurazmal Yussof, Zulkiflee Zainul Abidin, Khairina Khairuddin dan Haris Hamsani.
~
Sungguhpun waktu aku amat terhad kerana terpaksa berada di Dewan Negara setiap sessi perbahasan, aku kuatkan usaha untuk hadir di majlis pelancaran majlis perasmian Pameran Dari Kerana Mata yang diadakan di RA Fine Arts pada 7 Julai 2009.
Pemilik galeri, Raja Ahmad (sebut: Pak Engku) sudah beberapa kali mengingatkan aku untuk hadir ke pameran ini. Sesungguhnya artis-artis DiKala Jingga memang rapat dengan aku. Bahkan lukisan Haris Hamsani masih tergantung di bilik tidur aku dan lukisan-lukisan Ali termuat dalam buku aku, Konflikting.
Memandangkan aku sudah beberapa kali menulis dan memberi paparan kepada Ali @ Nurazmal Yussof, aku cuba mendekati Zul (atau nama sebenarnya Zulkiflee Zainul Abidin) dan Suddin Lappo. Mereka ini kesemuanya hasil lulusan seni halus dari Institut Teknologi MARA dan bergabung selepas habis era pembelajaran.
Ikuti temubual aku dengan Zul dan Suddin.
~
Dalam lukisan kau untuk pameran ini, apa yang kau cuba ketengahkan?
Suddin: ‘rasa’ dan pengalaman estetika.
Zul: Babak Manusia dalam situasi yang diinspirasi daripada isu sosial, politik, agama dan ekonomi semasa. Karya saya bertajuk “The Crisis: Between You and Me” menggambarkan satu situasi provokatif, satu watak lelaki, baju merah diikat dipinggang, sedang ditangannya ada seketul? Batu…berdiri di hadapan seekor kerbau yang sedang terarah dan tertarik kepada ‘warna merah’. Sang provokator semestinya sudah bersedia membalas ‘Mangsa’ yang mampu menyerang. Di inspirasikan dari situasi tegang politik semasa . Karya lain, “The Crisis 2: Tabung” lebih terjurus kepada permasalah ekonomi…watak lelaki (boleh saja disebut berbangsa melayu) sedang tersandar lemah, dihadapannya ada sebuah tabung ayam, tangan kirinya memegang tukul. Situasi yang tidak memberikan kita banyak pilhan untuk berdepan masalah ekonomi. Samada kita terus ‘bersandar’ atau pun pecahkan saja’ tabung.’. Satu lagi karya, bertajuk “deconstructive behaviour: after Ahmad Zaki” mendepani isu sosial semasa. Lembu menjadi simbol kebodohan (negatif) seperti perumpamaan ‘Bodoh macam lembu’…kecenderungan sosial hari ini berdepan ‘kuasa kebodohan’.
Apa kelainan yang kau ada berbanding dengan artis-artis DiKala Jingga yang lain dan artis-artis yang ada di Malaysia ini?
Suddin: Juga ‘rasa’. Kan tiap orang punya rasa lain-lain. Maka rasanya tidak perlu untuk aku cari kelainan itu.
Zul: Aku lebih suka kepada kepelbagaian seni… tidak hanya tertumpu kepada bidang senilukis semata-mata… ia sangat membantu dalam perkembangan dan cara aku berkarya.
Bagaimana Negara ini dapat memajukan seni tampak?
Suddin: Labur wang lah.. paling utama untuk pelukis muda. Tapi yang lebih penting adalah berani berfikir ‘sapere aude’ – politikus kita kering ‘rasa’ beb, Sebab tu mereka tidak peduli seni.
Zul: Fokus dan bebas dan bertanggungjawab…baik seniman, pihak galeri, mahupun pihak ‘penaung’ dan pemerintah, beri pendedahan dan ruang yang lebih kepada seni tampak secara khusus. Salah satunya Media menghebahkan segala ‘gerak’ seni tampak kepada umum seperti bidang seni yang lain.
Apa sudah jadi dengan Balai (Seni Lukis Negara)?
Suddin: Kurang pasti. Sangat tidak dapat dipastikan.. mungkin sebab aku tidak dengar apa-apa kecuali (baca : biasanya) cemuhan, yang selalunya aku pun malas nak pikir.
Zul: Ramai orang (terutama kelompok seniman) hangat memperkatakan tentangnya. Makin ramai yang mempersoalkan kemampuan dan kredibilitinya sebagai badan.
Kau faham tak konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia?
Suddin: Faham. Faham itu sebagai polit(e)ik..
Zul: Sudah sedia faham… ia dikitar semula, ‘re-branding’, re-packaging, yang hanya pada nama. Ibarat air mineral yang sama dituang.
Zul, kau berasal dari Kedah. Adakah kau rasa DAP patut keluar dari Pakatan Rakyat?
Zul: DAP berhak berbuat demikain…tapi itu bukan cara yang tepat dan terbaik… malah ia akan merumitkan keadaan… perancangan terganggu, rakyat terus jadi mangsa. Tindakkan itu tindak membantu apa-apa cuma lebih kepada emosi dan cuba mempertahankan pendirian: walaupun ia dinyatakan cuba ‘mewakili‘ pandangan masyarakatnya… DAP dalam hal seperti ini harus mengelak dari tindakkkan ‘populis’ kepartian- tak puas hati keluar parti.
Ia akan lebih merugikan rakyat dan Pakatan sendiri. Pakatan Rakyat yang tampil dengan imej pencerahan. Lebih matang, terbuka dan dinamik tidak seharusnya berlaku perkara semacam ini.
Sepanjang lebih 50 tahun pemerintahan Umno, sebagai Melayu adakah kau mendapat sebarang manfaat dari pentadbiran mereka?
Suddin: Ada. Tapi bukan dari mereka, dari Tuhan.
Zul: Secara umumnya, ya… aku akui ada. Cumanya kalau didekati dan di amati manfaat itu lebih bersifat Sogokan; baca RASUAH , daripada pertolongan yang sepatutnya…
Kau setuju tidak apabila ramai yang menelah bahawa Pakatan Rakyat akan menjadi seperti Barisan Nasional? Nyatakan sebab….
Suddin: Ya. Sebab kedua-dua parti itu punya matlamat yang sama – kuasa.
Zul: Kemungkinan terjadi sangat besar… kebergantungan kepada pucuk kepimpinan tertinggi untuk tampil ‘menyelsaikan’ sesuatu kemelut, amalan Rasuah belum sepenuh terhikis, walaupun ada usaha dan penegasan ke arahnya namun ia memerlukan masa.
Kau setuju tak sekiranya ISA dipinda?
Suddin: Padam terus lagi bagus.
Zul: Dipinda, aku setuju… bergantung pada pindaan yang akan dibuat, tetapi kalau dimansuhkan adalah lebih baik. Aku berpandangan sekatan seperti ini.
Selain melukis, kau juga melibatkan diri dalam lakonan dan muzik. Senang ke nak jadi artis ni…tangkap muat? Kenapa artis tidak focus kepada satu bidang seni sahaja?
Zul: Pada aku, sesiapa juga boleh menjadi artis… atas kemampuan dan kemahuan serta kejujuran.
Suddin: Sebab nak layan ‘rasa’, itu saja.
Sepanjang penglibatan kau dalam seni, adakah kau rasa media perdana banyak membantu dalam mempromosikan kesenian?
Suddin: Tidak. Tidak siapa yang peduli, kecuali tauke galeri, kolektor, peng’khayal’ seni, teman-teman ketat dan kau hehehe.
Zul: Ia tidak seimbang…tidak menyeluruh.
Zul, kau juga seorang pelakon teater. Pernah pergi Istana Budaya untuk saksikan persembahan di sana?
Zul: Pernah, beberapa kali…
Adakah kau bangga dengan pencapaian teater sekarang?
Zul: Belum Boleh dibanggakan…ia seperti baru nak bermula secara serius.
~
‘Dari Kerana Mata’ dipamerkan di RA Fine Arts, No 6, Jalan Aman, off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dari 11 pagi hingga 6 petang, 2 hingga 15 Julai. Maklumat lanjutan dan gambar-gambar di blog Silver Tree Studio dan juga di sini.
~
Faisal Mustaffa is not trained as an arts reviewer but his passion towards it motivates him to do so. His writings can be read at faisalmustaffa.org.
Sorry, the comment form is closed at this time.
stupid artists/cle/…
Congrats.. DKJ
to arteri..
gambar artworks DKJ x de ke?
stupid? elaborate sikit…
Why are these artists talking about politics and not art? Could they talk about something they know better?
apa da soalan ini macam?
salam ziarah… ^_^