WANTED: Someone to restore Arteri and give it 2nd life. Interested? Email: mail.sharonchin.com

Surat dari Sapporo: Sepatah dua kata tentang Bahasa

Posted by on Thursday, 11 June, 2009 at 5:10 PM. Filed under: Essays

Masa kecil, ibu bapa menempatkan saya di sekolah rendah kebangsaan Cina. Adanya yang benci Matematik, Sejarah ataupun Geografi, tapi bagi saya, mata pelajaran yang paling sukar sekali ialah Bahasa Cina. Saya dibesarkan di rumahtangga berbahasa Inggeris: buku-buku seperti seris Peter and Jane dan semua karangan Enid Blyton (The Enchanted Tree, Malory Towers, dan sebagainya) menjadi hidangan utama. Sepanjang masanya di sekolah Cina itu, saya seperti menghanyut di lautan ganjil – entahnya bila and mana akan menemui darat.

img_0101
The sea at Tomakomai, Sapporo on a rainy day

Ya, tiap-tiap bahasa merupakan sebuah laut, dan segala lautan itu memaklumkan: walaupun menetap di pulau-pulau tersendiri, kita manusia, kita hidup, dan kita bersama. Dua perkara sahaja yang mana kita bebas daripada membuat pilihan: kelahiran, dan kematian. Seorang penulis dwi-bahasa Salleh Ben Joned pernah berkata: bahasa ibunda adalah bahasa yang kita menghisap bersama susu ibu. Ibu saya senang memiliki pelbagai bahasa seperti Angelina Jolie memiliki anak angkat. She has always been a great linguist. Tapi saya menduga bahawa percintaan unggulnya tetap ada pada Bahasa Inggeris.

Kekadang bahasa yang kita hisap, hirup dan menelan buat pertama kali itu tidak cukup untuk merangkumi dunia seorang yang kini dewasa. Ya, laut itu tak cukup luas, tak sampai ke pulau di sana, yang jauh, yang tidak dikenali, yang ingin juga dikunjungi, diberi nama, digelar ‘home’, dan dimiliki sendiri.

img_0104

Bila sampai tahun remaja, saya bertukar ke sekolah menengah kebangsaan. Masa itu, Bahasa Malaysia (mungkin pada masa itu digelar Bahasa Melayu? Saya tak ingat. Ia selalu bertukar. Mungkin namanya tak penting.) pula yang jadi subjek kebencian. Masih segar di minda ialah guru Bahasa Malaysia saya semasa di Tingkatan 5. Nama beliau bermula dengan Z., badannya gempal, selalu diselimuti baju kurang bermotif bunga, dan mukanya garang. Bunyi suaranya… ahh.. terpahat buat selama-lamanya dalam ingatan saya. Dalam kelasnya, dia suka menyuruh murid-murid berdiri lalu membaca seperangkap dari buku teks. Lepas tu akan diquizkan mangsa itu sama ada tahu maknanya perkataaan ini atau itu. Entahlah mengapa saya ini kerap dipanggil. Mungkin kerana banyak perkataan Bahasa Malaysia yang saya tak faham, bila baca lisan pun tak laku dengan fasih.

Sejak masa itu saya melahirkan dan menyimpan perasaan marah dan takut terhadap Bahasa Malaysia. (Bolehkah seseorang marah pada sebuah bahasa? Hmmm. Nampaknya possible juga.) Hari persekolahan menengah tamat adalah hari yang paling gembira bagi saya. Sampai sekarang saya tak pernah memasuki pintu-pintu sekolah itu lagi, selain pergi mengutip keputusan SPM. Aku bebas. Sayonnara buat selama-lamanya wahai segala yang menyedihkan, memalukan, dan yang mengkongkong my individuality!

Ya, begitu panas dan emo hati seorang remaja.

Hari ini, masa ini (lebih sepuluh tahun kemudian), saya berada di Sapporo, Jepun. Menetap di sini selama dua bulan di bawah program residen artis anjuran The Japan Foundation. Saya tidak tahu mengapa adanya keperluan, keinginan, untuk menulis surat ini kepada saudara-saudari sekalian dalam Bahasa Malaysia. It’s a mystery to me. Andaipun sebuah lidah kedua telah mula memucuk di dalam mulutku, dan ia hanya tumbuh di tanah asing, khasnya tanah asing di mana saya tidak memahami sepatah katapun bahasa tempatan. Mutant power? Mungkin.

img_0105

Tapi, izinkan saya menolak ke depan satu lagi hipotesis: di negara asal, iaitu tanah air Malaysiaku tersayang – terlalu senang untuk menghilangkan pusat identiti dan jiwa (kedua-duanya tidak dapat dipisahkan) sendiri. Ya, pusat, pemusatan. Entahlah ke mana ia lari, aku mengejar, tapi hanya berhuru-hara, berkelang-kabut, berkacau-bilau. Hari ini pusat itu berada di 1Utama, besok di Galeri Annexe, minggu depan pula di muktamar parti PAS. Kekadang dijumpai juga dalam pelukan orang kesayangan – detik-detik itu betapa manis dan penting bagi pemulihan jiwa yang sakit dan luka. Seperti yang dikatakan oleh Goenawan Mohamad, luka itu hadir kerana sedar akan ketidak-adilan yang dibawa setiap hari, tapi tidak tahu bagaimana aku, seorang artis, kekadang writer dari dunia middle class berbahasa Inggeris, seharusnya bertindak.

Di Sapporo, di sini, terasa pula pusat kembali ke tempat asalnya. Iaitu di dalam diri sendiri. Mungkin di lokasi antara jantung dan hati. Pusat itu… sebuah kepastian. Boleh juga digelar kepercayaan diri, kehilangan gentar. Saya manusia. Saya hidup. Saya Malaysia. Dan saya boleh berbahasa Malaysia, kerana walaupun Bahasa Inggeris telah memilihku, aku ingin memiliki lautan yang lain, dan aku memilih bahasa tanah airku.

img_0106

Tags: ,
You can follow any responses to this entry via RSS. Both comments and trackbacks are currently closed.

11 Comments

  1. chet says
    11/06/2009 5:56 PM

    Cayalah Sharon Chin!

  2. Shao says
    11/06/2009 10:37 PM

    Bes! Satu lagi rencana dlm bahasa. Syabas! Menariknya membaca pengalamanmu dalam pendidikan bahasa-bahasa. Dahulu saya juga rasa benci kepada bahasa malaysia kerana saya hanya mula belajarnya pada umur 9 tahun. Sebelum tu, saya dididiki dalam bahasa inggeris di negara-negara barat, pun tak sedar saya berbangsa malaysia sebelum menerima buku sang kancil dari emak. Memanglah belajar bahasa m. lewat amat sukar, tapi lebih senang kalau ada sebab yang memberikan inspirasi. Sebab seperti hasrat untuk berhubung dengan lebih rapat dengan tanah air kita. Apabila kita merantau lebih senang untuk kita menyentuh sebab-sebab dalaman yang menggerakkan hati kita.

  3. simon says
    11/06/2009 11:02 PM

    hehehe, novel pertama yang saya baca dalam Bahasa Malaysia adalah Shanon Ahmad’s Shit! Masa itu, buku itu hangat sangat… dan cikgu tuition SPM saya yang membimbing saya untuk memahami teks itu. Hebat kan?

    Yang kedua adalah Ranjau Sepanjang Jalan (dipengaruhi Town Boy oleh Lat).

    Dulu saya juga pernah bercerpen dalam BM juga! Aneh kan? Caya tak? Tapi mungkin tatabahasa rosak sikit la…

    Entahlah, dulu memang saya lebih berani menulis dalam bahasa yang lain walaupun saya memang lemah dalam bahasa Malaysia dan bahasa Mandarin. Sekarang pula, mungkin tidak cukup pratek, semakin lama, semakin tak yakin pada diri sendiri.

    bukan-nya gred subjek BM untuk SPM saya hebat sangat, kalau ingat betul2 hanya dapat kredit aje.

  4. burhan the oriental says
    12/06/2009 5:43 AM

    menurut shao: “saya hanya mula belajarnya [BM] pada umur 9 tahun”

    eh, kita geng!
    bff!!!!!

  5. Shao says
    12/06/2009 9:50 AM

    Burhan: lol

    Jom, Kelab Lewat Berbahasa?

  6. chet says
    12/06/2009 11:40 AM

    ayuh bersetubuh dengan bahasa!

  7. kelvin says
    12/06/2009 2:30 PM

    Memang memberangsangkan, komen-komen yang ditulis oleh saudari sharon. tahniah atas satu lagi rencana dalam bahasa. teruskan!!!

  8. Sharon says
    12/06/2009 3:34 PM

    Minna-san (saudara-saudari),

    Terima kasih atas komen2 anda.

    Chet – ‘bersetubuh dengan bahasa’ – hahahha ^_^

    Actually… ya, ade ke teman yang minat start Book Club ARTERI Bahasa Malaysia? Kalau minat, sila lantik beberapa (lebih kurang 3 – 5) tajuk buku BM kesukaan anda?

    Bagi pihak saya:

    1. Sajak2 Salleh – Salleh Ben Joned
    2. Lantai T. Pinkie – A Samad Said
    3. Kurang Ajar – Usman Awang
    4. Tanpa Tajuk – Tengku Sabri Ibrahim
    5. Menyarung Jiwa – Raja Ahmad Aminullah

    ~

    Himpunan puisi klasik dan moden (termasuk terjemahan Khalil Gibran dll) boleh dinikmati di sini: http://penyair.wordpress.com/

  9. Shao says
    12/06/2009 3:41 PM

    1. Perang Sangkil – Akiya (penulis orang asli)
    2. Karya-karya Pram (bukan BM, tetapi cukup sama)
    3. Salatus Salatin (aka Sejarah Melayu)
    4. Hikayat Abdullah
    5. Hikayat Hang Tuah

  10. Burhan says
    12/06/2009 7:26 PM

    hampeh you all! i got an A1 for my SPM BM. not that it means much.

    – ruhayat x & sufian abas
    – faisal tehrani (FU, liberals!)
    – ayu utami (indonesia)
    – dewi lestari (indonesia)

  11. snow says
    12/06/2009 8:56 PM

    Membaca karangan Sharon menggunakan bahasa melayu ini cukup hebat sekali. Ia mengingatkan saya terhadap zaman sekolah rendah and menengah saya.

    Pada suatu ketika dahulu, keluarga saya selalu berbahasa dalam pelbagai jenis bahasa- HAKKA, CINA, MANDARIN, ENGLISH, HOKKIEN. Sebagai seorang kanak-kanak (dari Ipoh), saya bingung sekali kerana saya didaftar masuk ke dalam sekolah bahasa melayu dan abang saya pula di sekolah cina. Di dalam rumahku, cuma saya dipaksa berbahasa Inggeris. Jikalau tidak, saya akan dihukum 10 sen untuk setiap perkataan yang bukan Inggeris, dan duit itu akan dimasukkan ke dalam tabung UNTA saya, kalau tidak salah dari Bank Simpanan Nasional yang dibeli dari sekolah.

    Seperti Sharon, saya juga benci bahasa ini (Melayu) kerana saya selalu dipaksa cikgu untuk menyebut kesemua perkataan secara baku. Saya pula selalu bertengkar, “Tapi dalam TV dan tutur kata harian bebanyakan orang, bunyinya tidak seperti itu- baku”. Lagi-lagipun dalam cerekarama Melayu, bunyi bahasa mereka lebih wajar dan asli.

    Untuk memburukkan lagi subjek ini, saya dipaksa masuk ke dalam pertandingan koir dan disuruh menyanyi lagu tentang PENJAGAAN GIGI. Saya masih ingat perkataan-perkataannya yang lucu sekali:

    “Gigi warisan kita, bersama kita menjaga,
    Murid dan warga tua, kita dan kanak istimewa (gosh, istimewa?? i could never stop thinking this could mean retard)
    Khidmat pergigian, prihatin profesional,
    Pencegahan itu, tanggungjawab semua.”

    Nasib baik kita menang walaupun dipaksa menyanyi lagu yang begitu terencat!

    Tidak lama kemudian, kumpulan koir kita dijemput untuk menyanyi lagu GETARAN JIWA oleh P.Ramlee. Pada masa itulah saya begitu tertarik kepada lagu dan bahasa itu yang merdu sekali.

    “Getaran jiwa melanda hatiku
    Tersusun nada, irama dan lagu…”

    Tetapi, pemodenan negara ini telah menjadikan bahasa melayu semakin merosot. Sekarang, kita berbual seperti ini:

    SMS: Ko kat ne?
    Maksud: Kamu di mana?

    SMS: Awek Rosli itu cun giler babi siot.
    Maksud: Teman perempuan Rosli itu begitu cantik sekali.

    Papan iklan: Teknologi wayarles
    Maksud: Teknologi bimbit

    Tajuk wayang “Broken Arrow” pula diterjemahkan sebagai “Patahan Anak Panah”, “Finding Nemo” ke “Nemo Si Comel” (duhh) dan “Monsters Inc” ke “Syarikat Gergasi”.

    Of course, bahasa moden sekarang juga ada kelebihannya jikalau ingin digunakan masa bersetubuhan dengan pasangan. Tanpa bahasa moden, ia mungkin akan kedengaran seperti berikut:

    Lelaki: Punggung adik begitu bulat dan licin.
    Perempuan: Oh, abang, apam adik sudah kempas kempis.
    Lelaki: Oh, ukur lilit abang juga terasa semakin besar dan keras.

    Oleh itu, saya fikir bahasa moden ini juga ada kebaikkannya. :)

RSS feed for comments on this post.

Sorry, the comment form is closed at this time.

Upcoming Events

no events

Ads

Twitter

Our Facebook Page