WANTED: Someone to restore Arteri and give it 2nd life. Interested? Email: mail.sharonchin.com

Gadoh! – Sepak, pukul lalu berlakon sampai muhibbah

Posted by on Friday, 5 June, 2009 at 6:38 PM. Filed under: Reviews

gadohbanner

Kebelakangan ini, kita telah menyaksikan pergadohan hangat di laman ini. Tapi untuk mereka yang kurang minat bergadoh ‘seni’, bolehlah anda rilek dengan menonton filem baru Nam Ron dan Brenda Danker – Gadoh. Filem ini tidak dapat ditonton di pawagam awam, cuma di teater HELP sahaja (lihat di bawah), kerana topiknya menyentuh pergadohan perkauman di sekolah kebangsaan Malaysia. Malangnya, filem tersebut tidak disahkan oleh kuasa pemerintah.

Jom sokong filem haram!

Gadoh menceritakan kisah pergadohan di antara dua geng di sebuah sekolah kebangsaan – satu geng Melayu-Malaysia dan satu geng Cina-Malaysia. Member kedua-dua geng ini mempunyai perasaan kehinaan terhadap kaum yang berbeza, khususnya rasa hina terhadap Cina bagi geng Melayu dan bagi geng Cina, rasa hina terhadap Melayu. Seorang budak beretnik India-Malaysia pula dihina oleh kedua-dua kumpulan ini sebagai “keling”. Mungkin ini sebuah metafor yang mencerminkan masyarakat Malaysia sebenar. Yang bezanya pelakon-pelakon filem ini lebih hensem daripada warganegara Malaysia yang biasa. Tetapi saya rasa para penonton boleh memaafkan aspek fantasi ini. Orang hensem pun juga boleh bersifat perkauman. Wajah tak semestinya serupa dengan kebenaran.

gadohfight1

Banyak pergadohan berlaku. Sebagai langkah penyelesaian guru besar sekolah menjemput Azman (Nam Ron), seorang penggiat seni yang berniat untuk menubuhkan satu program teater dengan tujuan menyatukan kelompok yang bergadoh ini. Cerita selepas ini hampir serupa dengan Breakfast Club (1985) arahan John Hughes, di mana remaja yang berasal dari latar belakang yang berbeda masih dapat kesedaran yang seimbang selepas mengalami pelbagai cabaran. Murid-murid yang sering bergadoh itu terpaksa menghadiri sesi teater. Di bawah latihan dan pujukan Azman, mereka akhirnya mengeluarkan isu-isu perkauman mereka dan bermula menjadi kawan.

Gadoh bukan sebuah filem yang berhasrat untuk menggambarkan masyarakat Malaysia sebagai satu Disneyland muhibbah, di mana ‘masyarakat pelbagai kaum’ yang disanjungi sebagai sesuatu yang baik jauh berbeza daripada realiti seharian. Bukan. Sebaliknya, Gadoh cuba mengetengahkan isu-isu perkauman dan penghinaan yang memang wujud di masyarakat kita, yang selalu dicakapi di kopitiam, di rumah, dan di antara kawan-kawan persekauman. Isu-isu inilah ramai yang tidak berani bersuara secara umum, kecuali beberapa ahli politik perkauman dan juga sebuah surat khabar yang baru diketuk secara ringan oleh TPM.

Oleh kerana itu, Gadoh merupakan satu usaha yang unik di kalangan filem-filem Malaysia. Walaupun Gadoh tidak memecah tanah baru dari segi formalis atau estetik, tetapi ia mengemukakan isu perkauman secara berterus terang. Pelakonnya bersuara tentang rasa benci dan hina terhadap budaya dan cara hidup kaum lain. Walaupun pihak pemerintah kita selalu bertambah teruk sifat perkauman, dasar rasmi mereka cuba menggambarkan Malaysia sebagai masyarakat muhibbah, sampai ‘muhibbah’ sudah menjadi perkataan yang kurang bermakna ataupun membawa makna sinis.

gadohmuhibbah

Akan tetapi, pada akhirnya, Gadoh tidak terlepas dari masalah yang sama-sama dihadapi seluruh masyarakat Malaysia. Konsep kaum ada makna politik dan sosial, tetapi ia tidak ada makna sains. Perbedaan-perbedaan biologik diantara kelompok manusia lebih kurang dari 6%. Hanya ada satu kaum sahaja di dunia, iaitu kaum manusia. Budaya memang ada banyak, tetapi semua budaya adalah anak haram, iaitu budaya dilahiri daripada percampuran melalui proses sejarah. Cina di Malaysia tidak sesama dengan Cina di negara Cina. Begitu juga dengan orang India di Malaysia dan orang di India. Begitu juga Melayu di Malaysia dan Melayu di Sumatra atau Riau.

Percampuran adalah nafas, air, dan makanan untuk perkembangan budaya. Tanpanya budaya pastinya dikotakkan sampai mati lemas. Walaupun Gadoh tidak terbebas dari konsep kaum ia memberi cabaran kepada sifat perkauman. Cabaran seperti ini amat penting untuk membina suatu masyarakat yang lebih seimbang, aman, adil dan bebas dari ancaman perkauman.

~

Gadoh trailer

~

Tayangan terbaru filem Gadoh

8 pm, Jumaat, 12 hb Jun, 2009

Venue:
Theatrette,
HELP University College (Main Campus),
Pusat Bandar Damansara, KL
BZ-2, Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur, 50490, Malaysia

http://www.komas.org/gadoh/screening.htm

~

Pengumuman: Penulis telah berkerja bersama pengarah Brenda Danker dalam projek lain.

(YSL, anak bangsa Malaysia, bukan tokoh fesyen Perancis)

Terima kasih kepada saudara Sharon Chin atas bantuannya sebagai penyunting.

Tags: , , , , ,
You can follow any responses to this entry via RSS. Both comments and trackbacks are currently closed.

12 Comments

  1. simon says
    05/06/2009 9:57 PM

    Taniah Saudara YSL!

    Sedikit pengulasan saya sama filem ini…

    Walaupun filem ini tidak mempunyai perkembangan estetik yang menarik, tetapi isu2 yang diketengah adalah amat relevan. Cara penerangan isu2 perkauman melalui konfrontasi jauh berbeda dari mesej2 dan polisi kerajaan yang men-visualisasi masyarakat yang bermuhibbah, sedangkan titik2 yang penting untuk menyelesiakan suasana perkauman tidak diberi ruang untuk perdebatan and diskusi. Saya rasa filem ini lebih jujur dan berkesan untuk menanangi sikap2 prejudis dan syak sangka di antara kaum2 di Malaysia.

    Ironi-nya, mesej ini bukan mesej yang baru. Nilai yang dipupuk bukan nilai yang baru juga. Tetapi relevan-nya kerana banyak bangsa Malaysia masih berfikiran gitu!

  2. amir says
    05/06/2009 11:46 PM

    Maksud frasa nih tak begitu jelas: “lebih kurang dari 6%”.

    Pilih samada “lebih kurang 6%” atau “kurang daripada 6%”.

    Sekian. Shalom!

  3. Shao says
    06/06/2009 3:35 AM

    Terima kasih, saudara Simon dan Amir. Saya akan jelaskan frasa tersebut.

  4. Zedeck says
    06/06/2009 9:11 AM

    Hey, isn’t this ICT’s Air Con?

  5. simon says
    06/06/2009 11:02 AM

    Hi Zedeck, a cast that is uncannily similar! Story wise, it’s miles apart though.

  6. zi hao says
    06/06/2009 11:20 AM

    ah, racism! love it. we should talk more about it so it won’t become a ‘sensitive’ issue.

  7. Daniel says
    06/06/2009 12:17 PM

    Saya suka melihat gambar di tengah artikel ini dimana budak-budak bergadoh. Lihatlah expresi kepala kedua dari kiri (coming?) dan kepala ketiga dari kanan (comedic keling?).

    Pergadohan merupakan satu situasi yang membawa banyak adrenalin and perasaan ‘I’m alive!’. Dari kecil sampai besar kebanyakan lelaki sentiasa mencari situasi pertarungan ini dalam berbagai bentuk fizikal (gusti, boxing, kung fu) dan virtual (filem aksi, shooters, strategy games). Berbagai-bagai alasan diguna untuk memberi peluang untuk mencari ‘high’ yang datang dari pertarungan dengan ‘the other’.

    Propaganda idealist kerajaan merupakan setitik kecil berbanding kepada kempen dan situasi lain pihak yang menguatkuasa instinct bergadoh dengan ‘the other/dan lain-lain’. Boleh dikatakan permainan shooters dan krim-krim memutihkan kulit dan iklan-iklan produk ini adalah jauh lebih destructive daripada visi harmonis kerajaan.

    Saya belum melihat filem ini tetapi selepas melihat gambar ketiga dalam artikel ini saya syaki sebab benar dua geng ini bergadoh datang daripada perasaan romantis mereka kepada seseorang gadis dan masalah ‘sexual identiti’ di kalangan lelaki muda.

    Jika casting filem hanya mempunyai seorang gadis, tentunya akan berlaku fenomena diman Alpha Male akan merabut gadis a la ‘Helen of Troy’ atau ‘Smurfette dari Taman Smurf’. Lelaki yang tidak merasa tarikan gadis ini akan menyoal sexual identiti mereka dan jika mereka tidak dapat mencari jawapan, ada yang akan didriven oleh subconscious desire dan mengunakan kaki dan tangan secara agressive untuk mendapat interaksi fizikal dengan lelaki yang mereka suka.

    :P

  8. amir says
    06/06/2009 4:17 PM

    >merabut gadis a la ‘Helen of Troy’ atau ‘Smurfette dari Taman >Smurf’.

    Atau Syanie dalam kumpulan komedi Senario. Rasisme kita dah sedia maklum, sudah tiba masa kita berani/berahi berhadapan dengan ‘size-isme’.

  9. Shao says
    06/06/2009 7:27 PM

    Tentang ‘size-isme’, ini pasti ditonton: http://www.youtube.com/watch?v=1NvgLkuEtkA

    Analisanya amat tajam. :D

  10. saudarina says
    07/06/2009 5:18 PM

    saudara Sharon Chin rocks!

  11. Shao says
    09/06/2009 11:56 AM

    Daniel, saya tak sebut “visi harmonis kerajaan” yang berbahaya, tapi visi itu terpakat dengan polisi-polisi (juga polis-polis) dan retorik yang menghangatkan perasaan dan konflik perkauman. Taktik perpaduan bersama ancaman adalah serupa dengan cara taktik penjajah.

  12. Shao says
    09/06/2009 12:01 PM

    I should also add that I noticed the experience of viewing Gadoh was also cathartic for many people. I think many were cheered to see these genuine problems discussed openly within a medium that is normally so censored.

    That said, there are two other qualifications I have. One being that the film and its claims to speak to a ‘national question’ are highly Peninsular-centric. The social dynamics of East Malaysia are quite different, and I wonder what the experience of viewing Gadoh would be like for East Malaysians.

    Secondly, this is just a start for exploring the dynamics of racism in Malaysian film. There is still plenty of ground to be explored in terms of the lived experience of racism, ground that the medium of film is well-suited to cover, though maybe not as deeply as the novel. But since Malaysians watch more than they read, film is likely to be more powerful.

RSS feed for comments on this post.

Sorry, the comment form is closed at this time.

Upcoming Events

no events

Ads

Twitter

Our Facebook Page